Wednesday 4 February 2015

Tanda-Tanda Wanita Subur

Masa subur wanita seperti yang kita ketahui, sangat berhubungkait dengan dengan cara cepat hamil. Ini kerana saat masa subur itulah sperma yang masuk dapat menjadi sel telur. Ada pelbagai cara untuk mengetahui bila masa subur ini datang. Boleh dengan mengira kalendar, dengan ovulusi test









Untuk memudahkan gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur, berikut ini akan saya berikan beberapa kaedah untuk mengetahuinya. Yang saya maksud tentang ciri-ciri wanita subur iaitu tanda-tanda wanita memang sedang dalam masa subur. Walaupun bukan bererti semua wanita mengalami hal di bawah ini.


Ciri-Ciri Wanita yang Sedang dalam Masa Subur


Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan kitaran haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan mengira secara kalendar, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu badan. Peningkatan ini terjadi bukan kerana wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu badan yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celsius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.


Cecair Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur mempunyai cecair serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cecair serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada keadaan yang sedang tidak subur keadaan cecair serviks kelihatan lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.


Ghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan kelihatan lebih ghairah dari biasanya. Hal ini akan mengakibatkan wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, ghairah meningkat bermakna keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.


Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), kedudukan serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak ovulating, kedudukan serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, anda boleh memasukkan jari anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka anda akan dapat menyentuh bahagian hujung serviks, rasanya seperti bahagian hujung hidung.


Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar anda terasa sempit, meskipun tidak sedang kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa berlaku kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam keadaan yang banyak.




Menggunakan Alat Ujian Ovulasi

Alat Ujian Ovulasi ini gunanya sangat mirip dengan test pack dalam ujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan. Demikian beberapa ciri-ciri wanita yang sedang mengalami masa subur. Apabila anda mengalami tanda-tanda di atas maka itulah saat yang tepat untuk merancang kehamilan anda.



Tips Mendapatakan Berat Badan Yang Sihat

Oklah, tips ni sebenarnya terbaca masa dekat Hospital Putrajaya, masa tu memang sungguh menyeramkan juga, sebab nak tunggu Ainul lahirkan baby kedua kami. Tapi takpalah, sambil menunggu, sambil tu kita sedut ilmu dan share kepada kawan-kawan. Oklah, yang ni saya cerita sikit macam mana nak dapatkan berat badan yang best lagi sihat.








BMI 

Oklah, untuk nak dapatkan berat badan yang sihat, apapun mesti kena tahu konsep BMI. Hoo, penting sekali, sebab yang ni paling mudah dan paling berkesan. Ada juga yang lebih advanced seperti pengiraan pinggang, bagi kita rakyat malaysia, kira BMI dulu, lepas tu fokus macam mana nak kecilkan pinggang. Kena kerja kuat lagi nak dapatkan BMI yang sihat.





Permakanan

Oklah, lepas dah tahu apa nak target untuk BMI, kena tahu jaga dulu permakanan. Antara yang bagus untuk dimakan tentu sekali ialah makanan yang rendah kalori, kurang minyak, makan banyak buah dan sayuran, dan macam-macam lagilah. Tapi, paling bagus ialah banyakkan fiber bila nak berdiet. Fiber buat kita rasa kenyang, sebab ianya karbohidrat kompleks, yang susah hendak dihuraikan, berbanding kalau makan karbo lain







FITT

Apa benda ni ? fitt bunyi fit nak senaman, ye betul, nak kasi cergas nak berkesan, mesti kena senaman, barulah fitt. Formula simple, apa sahaja senaman yang dilakukan, mesti berdasarkan FITT, senanng je nak ingat.

  1. Frequency - maksudnya berapa kali kena ulang, dalam satu senaman
  2. Intensity - berapa keras senaman tuh, berapa berat senaman tuh
  3. Time - berapa lama satu senaman tu nak habis
  4. Type - jenis senaman , atau jenis otot yang berkaitan dengan senaman
Oklah, jadi formula FITT ni pun baru belajar tadi, tapi takpa boleh baca lagi contoh yang ada, kalau kita jalan ke, lari ke, angkat berat ke, semuanya kena ikut formula FITT nih ok



Set Kesihatan Wanita Shaklee

Hari ini entry agak boring sikit, entry katalog. Set Kesihatan Wanita sangat bagus untuk semua wanita, yang bekerja, yang menjadi suri rumah banyak angka, yang menjadi madu, yang belum kahwin, boleh mengambil makanan tambahan dari Shaklee. Jom tengok apa yang ada dalam set ini.




GLA Complex

GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.


Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.*


Omega Guard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.


Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

OsteMatrix

OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.




Kebaikan Vitamin C Shaklee

Cerita pasal vitain C ni, memang semua orang tahu, suatu ketika dulu, vitamin C shaklee pernah jadi hot, ada satu ketika Shaklee terpaksa stop sekejap pengeluaran vitamin C nih, cepat habis, gara-gara ada pengedar yang ambil kesempatan buat repackaging. Hoo, takpalah, itu menunjukkan vitamin C shaklee memang cool . Oklah, jom kita tengok apa yang menarik di bawah.






Kenapa Vitamin C Shaklee Sangat Istimewa ?

Hoo, kalau nak buat research sikit, kalau korang google sikit kenapa vitamin C ni best, rasanya banyak blog, mostly semuanya pengedar Shaklee macam kami, cakap, ianya sustained release,hoo, itu yang menarik. Oklah, kelebihannya berbanding jenama lain ialah:


  1. Sustained Release - vitamin C ni dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan, supaya vitamin C ni kekal dalam badan kita, barulah ianya tak membazir. Kiraannya ialah 100mg sejam untuk 1 tablet.
  2. Bioflavonoids - satu elemen penting supaya vitamin C ni mudah diserap kedalam badan kita.
  3. 7 biji OREN - hahaha, satu tablet vitamin C ni sama dengan 7 biji oren, hoo, kalau korang boleh ngap 7 biji oren sehari, memang powerlah.





Kenapa Vitamin C Penting untuk Perokok ?

Sebenarnya yang tak merokok pun penting jugak, lagi-lagi orang biasa. Tapi memang antara golongan yang sangat perlukan vitamin C ialah orang yang merokok kuat ni. Merokok boleh menjejaskan vitamin C dalam badan kita. Memang kalau tak cukup vitamin C, ianya boleh menjejaskan jantung serta organ lain dalam badan. Tapi sebaik-baiknya, berhentilah merokok, hahaha. 


Nak Cantik Macam Anuar Zain ?

Hahhaa, vitamin C ni senang je, ingat C ingat Cantik. Tapi macam mana tuh ? Senangnya, vitamin C ni penting untuk pembentukan kolagen dalam badan kita. Kolagen ni kalau cerita memang panjanglah jawabnya. Tapi nak awet muda macam adik Ziana Zain ni, kenalah ambil vitamin C. Tapi janganlah sampai ekstrem sehingga cucuk dekat muka. Cukuplah telan vitamin C shaklee, mudahkan. 




Manfaat Lain Vitamin C

Banyak lagi manfaat lain yang boleh korang dapati, selain banyak gila testimoni yang bersepah dekat luar sana. Oklah, yang paling best sekali tentulah kulit cantik berseri. Tapi jom kita tengok manfaat dan kepentingan lain vitamin ni untuk kita:

  1. Menjaga Saluran darah - Ianya membantu metabolisme kolestrol, iaitu pembentukan hempedu untuk membakar lemak. Orang yang ada darah tinggi perlukan vitamin C, dapat mengelakkan strok dan jantung tersumbat.
  2. Detoksifikasi - vitamin C membantu proses detoks, berupaya mencantumkan bahan logam bahaya seperti plumbum, raksa,arsenik dan lain-lain. Ianya mampu menjaga buah pinggang agar tidak rosak
  3. Kurangkan STRESS - stress boleh menyebabkan vitamin C berkurangan dalam badan, jadi kena ambil vitamin C. Ianya mengeluarkan hormom antistress dan interferon ( hormon imunisasi) 
  4. Penyakit SKURVI - kalau rasa gusi berdarah, luka lambat sembuh, kenalah ambil vitamin C, ambil dengan dos yang banyak. 
  5. Meningkatkan Sistem IMUN - bagus untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, membantu sel darah putih menentang bakteria, memulihkan alergi hidung dan kulit, dan memerangi simptom selsema.
  6. Memerangi kanser - antioksidan yang sangat baik untuk melawan radikal bebas dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh badan.








Fungsi Vitamin E

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.



Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 


Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 


Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. 


Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. 



SUMBER

Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

KEKURANGAN


Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :


Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
Penuaan kulit sebelum masa.
Rambut gugur
Anemia.